Tuesday, April 19, 2011

Kekuasan Allah

Salam semua, 
Tadi tengah takde keja terjumpe artikel ini dalam blog someone yang tak dikenali..heheheh..Memang sedeyh dah pilu membaca nye. Besar sungguh kuasa ALLAH.



Ustaz kata bila kita mengandung, kita akan dpt byk pahala..Segala kesakitan yg kita tempuhi masa mengandung, para malaikat akan doakan segala dosa kita dihapuskan..

Bila kita melahirkan anak, segala dosa kita daripada hujung rambut hingga hujung kaki akan dihapuskan..Diri kita bersih suci dr segala dosa, sama macam anak yg kita lahirkan juga..Sebab tu andai kata kita ditakdirkan meninggal dunia semasa melahirkan, kita dikatakan mati syahid..Allahhuakbar..

Betapa besarnya nikmat Allah yg dikurniakan utk kaum wanita..

Ustaz juga cerita, ada wanita mengadu kepada ustaz sambil menangis, katanya wanita itu mengandung manakala umurnya sudah 46 tahun..Wanita itu sedih kerana dia takut sebab umurnya terlalu tua untuk menanggung kesakitan sepanjang mengandung dan melahirkan..

Ustaz lalu bertanya  wanita itu sudah berapa lama wanita itu berhenti mengandung. Lalu wanita itu menjawab sudah 13 tahun lamanya. Ustaz lalu memujuk wanita itu, katanya sebenarnya Allah berikan peluang utk wanita itu teruskan beramal..Kerana mengandung dan melahirkan anak mendapat ganjaran yg sangat besar di sisi Allah..

Ustaz lalu membacakan hadis yg bermaksud, Apabila seorang ibu itu memandikan anaknya, memakaikan, baju, meminyakkan rambut dan menyikatkan rambutnya, nescaya dosa ibu itu diampunkan sebanyak setiap helaian rambut anaknya itu...

masa pegent Alisha. Tunggu hari je nie.

p/s : terasa mcm nak pegnet lagi..tp takpelaa tggu Alisha besar laa..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...