Tuesday, April 5, 2011

Alisha dah makin Lasak

Salam Semua,
Mood tengah ader nak update blog nie. Bertubi-tubi plak update kan. hehehe..Bulan nie Alisha nak masuk 7bulan dah. Cepat jer masa berlalu kan. Alisha makin besar n lasak sangat. Dah pandai menirap laju dah. Sekarang tengah blaja2 angkat montot dia tue. heheheh. 


Kat taska plak budak2 tue kata dia makin lasak. Asyik kacau orang je. Abis beg2 dia selongkar. hehehe. Berbanding gan Arwah yang pendiam je jenis tak kacau orang n main pun sorang2 je..heheh..berbeza betul perangai berdua nie.


Kalau tido pulak, kemain lagi dia tido. Berpusing2 kejap kepala kat atas kejap kat bawah. Bantal kemana dia kemana. Memang buas dia tido. Pas tue kejap lagi terjaga tengok dia sedap je landing dagu dia kat bantal. Dia suke tido meniarap kalo baringkan betul2 kejap lagi kompom dia meniarap balik. Alisha alisha memang lasak. Tak padan dengan pompuan. 


Tak sangka Alisha dah besar n menjadi penghibur kepada kami sekeluarga. Bersyukur sangat2. Ibu dan Ayah sayangkan Alisha.:)




p/s: untuk tatapan anak Ibu..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...