Selamat pagi sume,
Hari nie aku sampai opis awal betul kul 8am dah sampi..hehehe..biasalaa cik abg sayang dah tukar unit lain so dia tak leh ejas time lagi. takpe laa sampai awal opis pun.
Sekarang dah tahun 2011. Happy New Year sume..belum terlambat lagi kan. Kita tinggalkan 2010 dengan penuh kesedihan dan kegembiraan. Tahun 2010 adelah tahun yang buat aku kenang sampai bila2. Banyak kepahitan, kesedihan dan juga kegembiraan.
Januari 2010 - aku disahkan hamil kali kedua. Usia kandungan sudah sebulan. masa mula2 aku tao aku mgandung lagi memang macam tak sangka sangat dan memang tak leh terima. Tapi nak wat camne kena terima jugak. Masa tue Arwah Adam Haiqal memasuki umur 5bulan. Tak sangka okey Arwah kecik lagi time tue dan DEU date aku pulak 12.9.2010 sebulan selepas Arwah setahun. Lama kelamaan aku boleh terima bayi dalam kandungan ku ini. Tak seperti mengandungan Arwah dulu aku kurang morning sickness sangat. Cume loya2 sikit jer. Lepas tue langsung takde loya2 lagi.
Februari 2010 - dapat keja akhirnya setelah lama behenti keja. Bekerja ditempat baru dengan suasana yang baru. Walaupun keja sebagai kerani aku bersyukur sebab dapat menampung perbelanjaan bersama suami ku.Dan arwah pula di hantar ke Taska di subang jaya.
Arwah Adam Haiqal sudah semakin membesar dan lasak. Lepas dah pandai merangkak dia dah mule nak berdiri. Dan pandai makan, bermain2, gelak2 dan makin manja. Seronok sangat tengok dia dan semakin membesar dengan keranahnye di depan mata. Tak sabar rasa tengok dia berjalan.
Mei 2010 - Umur arwah time tue dah 9 bulan dan usia kandungan ku 5 bulan Arwah makin lasak dan makin tembam. hehehe. dan Arwah semakin manje. Di saat arwah semakin manje itulah aku kehilangan dia. Hancur luluh hati seorang ibu yang hendak melihat dia membesar tak kesampaian. Seperti tidak percaya ape yang terjadi. Aku harapkan sume itu adelah mimpi semata2 tapi tidak ia adelah kenyataan. Kenyataan yang harus aku terima dengan tabah dan redha. Sume ini ujian dari-NYA untuk kami sekeluarga. Hanya 18 bulan aku bersamanye. 9bulan di dalam perut dan 9bulan bersama2. Bila dipikirkan balik masa bersalinkan Arwah dulu memang susah sangat. 2hari aku dalam wad menahan kesakitan konstraksi tapi still tak bersalin juga. Akhirnya hari ke3 baru bersalin. Tapi bile dia takde lagi sekejap saje dengan sekelip mata. Sungguh besar kuasa Allah s.w.t.
Hari2 berlalu. Aku semakin redha dan kuat dengan ape yang berlaku. Memikirkan kandungan ku yang semakin membesar dan memerlukan ibunye aku tabahkan diri jua. Kadang2 hati seorang ibu ini tidak begitu kuat juga. Setiap kali memandang dan menatap gambar2 Arwah di kala itu juga air mata ini mengalir. Ku berdoa pada-Nya moga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini. Ku jalani kehidupan seperti biasa dengan berkerja, berjalan2 dan bergembira. Bukan bermaksud untuk melupakan Arwah tapi hati ini masih sayu dengan permegiannya. Di dalam lubuk hati seorang ibu ini sentiasa ingat padanya.
Ogos 2010 - Genap Arwah Adam Haiqal setahun. Kalo masih ader mesti dah pandai berjalan dan makin lasak. Kandungan ku semakin membesar dan berusia 8bulan.
September 2010 - Hari Raya tahun nie seperti biasa tak dapat balik kampung sebab aku disahkan bersalin 3 hari raya. Hari raya tahun nie sunyi tanpa Arwah disisi. Pagi2 raya menjenguk kubur Arwah. Bertambah sayu hati ini. Rindu pada Arwah teramat sangat. Air mata ini mengalir juga.
13.9.2010 - Hari raya ke 4, aku selamat bersalin dan kegembiran jelas tepancar di mata ku dan semua keluargaku. Tiada lagi kesedihan cume kegembiraan. Kedatangan ALISHA HAIFA dalam hidupku mengubat segala kerinduan ku pada Arwah. Sekarang Alisha memasuki 4 bulan semakin chumel dan cute. Kadang2 tengok muke Alisha pasti akan teringatkan arwah.
Semoga tahun 2011 memberi sejuta kegembiraan padaku. Tiada lagi tangisan dan air mata. Akan ku jaga Alisha dengan sepenuh perhatian dan tanpa leka. Insyallah. Amin...
p/s : teringat kat Arwah..(T_T)
No comments:
Post a Comment