Wednesday, April 20, 2011

Kenangan 3tahun Lepas

Selamat Pagi sume,
Awal2 pagi dah update blog. Nampak sangat takde keja kan. hehehe. Pagi nie nak update entry bergamba je. Gambar 3tahun lepas semasa PERTUNANGAN ku. Saje jer mengatal nak tayang gambar lama kan. Saje je nak bagi "SUME" orang tengok n untuk pada sesiapa yang nak akan BERTUNANG tahun nie ker tahun depan ker untuk mendapat inspirasi. hahahahah. Teringat kenangan masa tunang tue. Ramai yang tak tao aku dah tunang sebab tak ajak ramai pun juz kawan2 yang terdekat je. Tup2 kuar gambar kt Fs (tahun tue takde Fb lagi).





Kalo diingatkan balik cite,abis je aku blaja kat poli bulan 12, bulan 1 bgtao mak n abah kata ader orang nak merisik dan betunang sekali. Berdebor gak laa nak bgtao. Tapi Alhamdullilah mak n abah setuju n terus tetapkan tarikh 16.03.2008.  





Semuanya berjalan dengan lancar walapun hanya ader 3bulan persiapan. Dan tarikh pernikahan turut ditetapkan 7bulan selepas hari pertunagan. hahahaha. Awal kan baru tunang dah nak kawen. Nampak noo dah gataiiii..Haa tak kisah laa orang nak cakap pe. Janji kami bahagia. 




dan yang terakhir semestinya ader my besfren Cik Nemo. Menjadi jurukamera dan pembantuku dihari tersebut. tQ cik Nemo. Ur my besfren ever. Muah...Ehem2 tak sabar menanti kamu pulak. :D



p/s: gambar 3tahun lepas nmpk muda & ayu..Ahaks..:P

Tuesday, April 19, 2011

Kekuasan Allah

Salam semua, 
Tadi tengah takde keja terjumpe artikel ini dalam blog someone yang tak dikenali..heheheh..Memang sedeyh dah pilu membaca nye. Besar sungguh kuasa ALLAH.



Ustaz kata bila kita mengandung, kita akan dpt byk pahala..Segala kesakitan yg kita tempuhi masa mengandung, para malaikat akan doakan segala dosa kita dihapuskan..

Bila kita melahirkan anak, segala dosa kita daripada hujung rambut hingga hujung kaki akan dihapuskan..Diri kita bersih suci dr segala dosa, sama macam anak yg kita lahirkan juga..Sebab tu andai kata kita ditakdirkan meninggal dunia semasa melahirkan, kita dikatakan mati syahid..Allahhuakbar..

Betapa besarnya nikmat Allah yg dikurniakan utk kaum wanita..

Ustaz juga cerita, ada wanita mengadu kepada ustaz sambil menangis, katanya wanita itu mengandung manakala umurnya sudah 46 tahun..Wanita itu sedih kerana dia takut sebab umurnya terlalu tua untuk menanggung kesakitan sepanjang mengandung dan melahirkan..

Ustaz lalu bertanya  wanita itu sudah berapa lama wanita itu berhenti mengandung. Lalu wanita itu menjawab sudah 13 tahun lamanya. Ustaz lalu memujuk wanita itu, katanya sebenarnya Allah berikan peluang utk wanita itu teruskan beramal..Kerana mengandung dan melahirkan anak mendapat ganjaran yg sangat besar di sisi Allah..

Ustaz lalu membacakan hadis yg bermaksud, Apabila seorang ibu itu memandikan anaknya, memakaikan, baju, meminyakkan rambut dan menyikatkan rambutnya, nescaya dosa ibu itu diampunkan sebanyak setiap helaian rambut anaknya itu...

masa pegent Alisha. Tunggu hari je nie.

p/s : terasa mcm nak pegnet lagi..tp takpelaa tggu Alisha besar laa..:)

Monday, April 18, 2011

Hujung Minggu Di Rumah

Halooo pe kabar sume,
Baru nak update blog. Sebenarnye takde pe yang menarik tuk diupdate kan. Minggu nie cuti dok umah jelaa. Biasalaa tengahbulan kan. Dari pagi sabtu sampai ptg ahd dok umah makan, main gan Alisha tengok tv je. Tak kuar mane pong. Hanya aku, Alisha dan cik abg sayang...:)


Next Week Alisha akan operation n tak tao laa jadi ker tak operation dia tue. Skarang nie dia still lagi batuk2. Tak tao nak wat cane lagi. Kalo tangguh lagi tak tao laa. Dah makin besar plak dia nak operation nati. Entahlah tunggu dah lihat jelaa nati. Harap2 jadilah operation tue malas nak tangguh2 lagi. Sian Alisha nati.
Chumel anak Ibu

p/s : Alisha naik walker Arwah Adam.

Friday, April 8, 2011

Semoga Arwah Damai "DiSana"

Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia

Menjelang diturunkan dia bertanya kepada Tuhan, 
para malaikat disini mengatakan " Bahwa besok engkau kan mengirimku ke dunia
Tapi bagaimana cara saya hidup disana “ Saya begitu kecil dan lemah “ kata si Bayi
Tuhan Menjawab “ Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan mengasihimu
" Tapi di Syurga apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ” ini cukup bagi saya untuk bahagia” demikian kata si Bayi
Tuhanpun menjawab ” Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum setiap hari untukmu 
dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia

Si Bayipun bertanya kembali ” Dan apa yang dapat saya lakukan, saat saya ingin berbicara kepadaMU"
Sekali lagi Tuhan Menjawab ” Malaikatmu akan mengajarkan, bagaimana cara kamu berdo’a

Si bayipun belum puas. Iapun bertanya lagi “ Saya mendengar bahwa dibumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya ?

Dengan penuh kesabaran Tuhanpun menjawab 
“ Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun"

Sibayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya 
“ Tapi saya akan bersedih karena tidak melihat Engkau lagi"
Dan Tuhanpun menjawab lagi “ Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana cara kamu bisa kembali kepadaKU, walaupun seseungguhnya aku selalu berada disisimu

Saat itu syurga begitu tenangnya, sehingga suara dariu bumi dapat terdengar, dan sang anak dengan suara lirih bertanya
" Tuhan ..jika aku harus pergi sekarang. Bisakah engkau memberitahuku, siapa nama malaikat dirumahku nanti

Dan Tuhan pun menjawab, kamu dapat memanggil malaikatmu ...IBU


Semoga Arwah Adam Haiqal bahagia 'disana'. 
Al-Fatihah.


p/s: bergenang air mata sebentar...:'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...