Tuesday, November 2, 2010

Pengubat Rindu

Salam semua, dah makan?? saye baru pas lunch. Alisha tgah tido lagi. Dia memang kuat tido macam ibunye gak. hehehe~~ Mesti korang tertanya2 sape Alisha tue? Alisha ialah cahaya mata kami yang kedua selepas Arwah Adam Haiqal. Dah takdir arwah pegi diberi-Nya penganti yang baru.

Masa arwah nak mencecah umur 5 bulan aku disahkan hamil lagi. Mule2 tue memang tak boleh nak accept langsung. Yela mana taknye baru pas bersalin nie pregnant lagi. Tapi atas dorongan suami tercinta dan sahabat baik ku cik nemo aku terima dengan redha dan bersyukur ke atas-Nya. Mesti ader hikmah sume ini.

ALISHA HAIFA nama diberi bermaksud Alisha-yang dilindungi dan Haifa-cantik dan genit. Alisha selamat dilahirkan pada 13092010, 2350 seberat 2.82kg. Tarikh yang sama dengan Arwah lahir cume beza bulan, tahun dan masa je.  Sabtu depan 13112010 genap Alisha 2 bulan. Tak sangka cepat masa berlalu. Inilah hikmah yang dikatakan diambil seorang nyawa digantikan pula dengan yang baru. Dia yang maha Mengetahui-Nya. Bersyukur dengan apa yang diberikan.


First Day at PPUM

Alisha Sebulan


Ibu Sayang Alisha

Inilah pengubat rindu ayah dan ibu. Semoga Alisha Haifa menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Jangan noti2 ye sayang. Sayang Alisha Haifa Muaaaaaaahhhhhh.... *kiss2*


Kenangan Abadi

Salam,
Hari nie nak citer sikit pasal cahaya mata kami pertama iaitu ADAM HAIQAL. Dilahirkan pada 13082008 jam 7.40pg di PPUM seberat 3.00kg. Baby chumel yang membawa seribu kebahagian dan kegembiraan kepada ayah dan ibu. Tapi Allah lebeh menyayangi arwah. Kami hanya sempat melihat kelatahnya selama 9 bulan sahaja. Kelincahan, kenakalan, senyuman, dan gelak ketawanye sentiasa bermain di fikiran kami sekeluarga hingga hari ini.

Trajedi 22 May menjadi hari terakhir aku menatap wajahnye. Kejadian yang tak di sangka membawa kesedihan kepada kami sekeluarga. Beberapa hari sebelum kejadian aku melihat arwah begitu manja denganku. Mungkin di sudah mengetahui masanye sudah tibe. Aku redha dengan pemergianye dan berharap kejadian yang sama tak kan berulang kembali. Aku akan menjaga anak kedua ini dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya. Insyallah. Kini dan hampir 6 bulan arwah tiada di sisi. Kalu dia masih hidup tentu sekarang dan pandai berjalan dan makin ligat.


Ibu dan ayah harap kamu aman di sana tunggu ayah dan ibu di sana. Al-fatihah untuk Arwah Adam Haiqal. Semoga rohnye dicucuri rahmat.

Wajah Chumel Kesayangan Ibu
Sayang Kamu

Gambar Kenangan Terakhir [9bulan]


* mengarang sambil menitiskan air mata teringat arwah* ibu rindukan kamu.. (T_T)




Dua Tahun Perkahwinan

Salam,
Sekarang nie mencurah2 idea nak update blog tapi tak tao nak mule yang mane dulu. Tue la bile dah terlampau banyak nk citer kan. Malam nie citer pasal perkahwinan ku yang sudah mencecah usia dua tahun. Rasa macam baru je kawen. prasan lebeh. Tanggal 25hb Oktober genap dua tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulilah. Dan hampir juga 7 tahun kami bersama berkawan, berkasih2an, bermusuh2an dan akhirnya ke gerbang perkahwinan. Banyak halangan dan rintangan yang kami tempuh bersama selama ini. Sehingga sekarang kami dah menimang dua cahaya mata. Tapi Allah lebeh sayangkan cahaya mata kami yang pertama. Diberi penganti yang baru. Nanti la aku citer kan pasal cahaya mata kami tue.

Contineu pasal cite tadi, celebrate annivesary kat mane?? ingat kan nak wat candle light dinner tapi bajet tak mencukupi. Juz pegi makan2 secret recepi kat pyramid je. But still best cuz dah lama tak makan berdua2an. Maklum la baru lepas abis pantang. 

Mengenai suami ku. Seorang yang baik hati, penyayang dan memahami walaupun kadang2 menyakitkan hati. hehehe Dia juga tak pernah sesekali mengongkong dalam apa jua yang aku lakukan dari kami berkenalan sehingga ke hari ini. Dan juga percaya antara satu sama lain itulah prinsip perkahwinan kami. Dia adalah seorang lelaki yang sempurna untuk diriku.

Terasa amat bahagia dengan kehidupan sekarang bersama suami dan anak tersayang. Bersyukur ke atas-Nya kerana pertemukan ku jodoh yang baik dan sempurna untukku. Diharap perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat. Amin.

Mari kite mengimbau kenangan dua tahun lalu. hehehehe

selepas nikah 25102008

Malam Berinai

Di hari Persandingan


Cik Nemo Menjadi Pengapitku



Monday, November 1, 2010

Update Pertama Ku

Morning...
Tak tao nk update ape. Cik nemo suruh update plak tue tp tak de idea lorh. huh. Story sikit la pasal weekend hari tue. Sabtu hari tue pegi potong rambut rasanye dah nak dekat setahun tak potong-potong rambut nie. Tapi mengecewakan cuz yang potong rambut tue budak baru. Tapi nasib baik orner kedai tue baik. Dia macam tao2 jer aku tak suke rambut baru nie. Bukan tak suke tapi rambut baru nie still lagi tebal macam dulu. Aku suruh dia potong Layer [layer kan nipiskan rambut] tapi macam tak jadi sesangat layer dia tue. Orner kedai tue bagitau kalu nak repair rambut tue datang dalam masa 1 week tak kan kena charge. Tengok la petang nati kalu ex-bofren ku tak keja boleh la pegi kejap hehehehehehe......

So nie la hasilnye ok ker??

Sambung cite hari ahad plak. Ahad hari tue [maksudnye semalam la] petang tue dalam pukul 3 pegi tengok baby Muhammad Ameer Irham. Baby kawan sekolah teknikku aka kembarku la. Kenapa kembar? entahlaa orang cakap muke kami sama. Masa sekolah dulu cikgu pun selalu tertukar antara kami. Lagi2 kami satu kelas. Entahlaaaa.... hehehehe. Ok2 berbalik cite pasal baby tadi. Aku pegi gan Angah n Hana budak sekolah teknik gak. Baby Ameer baru 19 hari. Lahir sebulan lepas Alisha lahir. Chumel baby Ameer muke macam papa dia. ok laa tatap laa gambar baby Ameer nie. Aku gak sedeyh cuz tak bergambar gan baby Ameer dok bersembang je kejanye. hahahahha


     Muhammad Ammer Irham

   with Mama Ameer Irham


Baby Ammer with Angah
                                                  
With Papa Ameer

Baby Ameer with Hana
     p/s: gambar di curi dari FB hana & papa Ammer
 
tue jelaa pasal weekend this week. Nothing special. Ok la sambung story lain plak nati ye. cik nemo please komen ckit. Biasala update pertama ku. ok daaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...