Tuesday, November 2, 2010

Pengubat Rindu

Salam semua, dah makan?? saye baru pas lunch. Alisha tgah tido lagi. Dia memang kuat tido macam ibunye gak. hehehe~~ Mesti korang tertanya2 sape Alisha tue? Alisha ialah cahaya mata kami yang kedua selepas Arwah Adam Haiqal. Dah takdir arwah pegi diberi-Nya penganti yang baru.

Masa arwah nak mencecah umur 5 bulan aku disahkan hamil lagi. Mule2 tue memang tak boleh nak accept langsung. Yela mana taknye baru pas bersalin nie pregnant lagi. Tapi atas dorongan suami tercinta dan sahabat baik ku cik nemo aku terima dengan redha dan bersyukur ke atas-Nya. Mesti ader hikmah sume ini.

ALISHA HAIFA nama diberi bermaksud Alisha-yang dilindungi dan Haifa-cantik dan genit. Alisha selamat dilahirkan pada 13092010, 2350 seberat 2.82kg. Tarikh yang sama dengan Arwah lahir cume beza bulan, tahun dan masa je.  Sabtu depan 13112010 genap Alisha 2 bulan. Tak sangka cepat masa berlalu. Inilah hikmah yang dikatakan diambil seorang nyawa digantikan pula dengan yang baru. Dia yang maha Mengetahui-Nya. Bersyukur dengan apa yang diberikan.


First Day at PPUM

Alisha Sebulan


Ibu Sayang Alisha

Inilah pengubat rindu ayah dan ibu. Semoga Alisha Haifa menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Jangan noti2 ye sayang. Sayang Alisha Haifa Muaaaaaaahhhhhh.... *kiss2*


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...