Tuesday, May 24, 2011

Setahun Sudah Berlalu

Salam semua,
Kelmarin 22 May genap setahun Arwah Adam Haiqal meninggalkan Ibu dan Ayah. Sekejap saje masa berlalu dah setahun Arwah pergi.Malam itu Ibu menangis keseorangan. Rindu yang teramat. Melihat Alisha sedang lena di sebelah Ibu waktu itu. Sunyi sepi malam itu tanpa Ayah di sisi Ibu kerana Ayah sedang berkerja. 


Tibe2 memory setahun yang lepas bermain di pikiran Ibu. Teringat kejadian yang berlaku. Sewaktu Ibu memeluk kamu semasa dalam perjalanan ke hospital air mata Ibu mengalir dan berpikir adekah Ibu akan kehilangan kamu. Itulah kali terakhir Ibu memeluk dan merangkul tubuh kecil kamu. Air mata Ibu mengalir dan terus mengalir waktu itu. Berharap ader keajaiban yang akan berlaku. Tapi ternyata Ibu kehilangan kamu juga buat selamanya. Tersungkur Ibu sewaktu doktor mengatakan kamu sudah tiada lagi. Beristifar Ibu dan berpikir adekah sume ini mimpi sahaja. Tapi tidak, Ayah segera memeluk Ibu dan terus menangis. Ibu kehilangan kamu sayang buat selama-lamanye. 


Ternyata besar ujian yang Dia berikan pada Ibu dan Ayah. Tak sanggup rasanye menahan kesedihan. Tapi Ibu berserah dan Redha pada-NYA. Mungkin ini takdir-NYA dan ader hikmah sume yang berlaku. Tak sangka hanya 9 bulan saje Ibu dapat memeluk dan menyanyangi kamu. Air mata Ibu mengalir dan terus mengalir malam itu sehingga Ibu terlelap. 


Tapi kerinduaan Ibu dan Ayah terubat apabila melihat Alisha Haifa. Penyeri dan pengubat kerinduan. Ahad tue ke kubur kamu, lama dah tak ke kubur. Dah naik semak dah. Ibu dan Ayah membersihkan kubur kamu. Semoga kamu aman di sana. Tunggu kedatangan Ibu dan Ayah ye sayang. Ibu dan Ayah amat merindukan kamu. Al-Fatihah.



p/s : terasa kehilangan kamu sayang..:(

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...