Tuesday, May 24, 2011

Setahun Sudah Berlalu

Salam semua,
Kelmarin 22 May genap setahun Arwah Adam Haiqal meninggalkan Ibu dan Ayah. Sekejap saje masa berlalu dah setahun Arwah pergi.Malam itu Ibu menangis keseorangan. Rindu yang teramat. Melihat Alisha sedang lena di sebelah Ibu waktu itu. Sunyi sepi malam itu tanpa Ayah di sisi Ibu kerana Ayah sedang berkerja. 


Tibe2 memory setahun yang lepas bermain di pikiran Ibu. Teringat kejadian yang berlaku. Sewaktu Ibu memeluk kamu semasa dalam perjalanan ke hospital air mata Ibu mengalir dan berpikir adekah Ibu akan kehilangan kamu. Itulah kali terakhir Ibu memeluk dan merangkul tubuh kecil kamu. Air mata Ibu mengalir dan terus mengalir waktu itu. Berharap ader keajaiban yang akan berlaku. Tapi ternyata Ibu kehilangan kamu juga buat selamanya. Tersungkur Ibu sewaktu doktor mengatakan kamu sudah tiada lagi. Beristifar Ibu dan berpikir adekah sume ini mimpi sahaja. Tapi tidak, Ayah segera memeluk Ibu dan terus menangis. Ibu kehilangan kamu sayang buat selama-lamanye. 


Ternyata besar ujian yang Dia berikan pada Ibu dan Ayah. Tak sanggup rasanye menahan kesedihan. Tapi Ibu berserah dan Redha pada-NYA. Mungkin ini takdir-NYA dan ader hikmah sume yang berlaku. Tak sangka hanya 9 bulan saje Ibu dapat memeluk dan menyanyangi kamu. Air mata Ibu mengalir dan terus mengalir malam itu sehingga Ibu terlelap. 


Tapi kerinduaan Ibu dan Ayah terubat apabila melihat Alisha Haifa. Penyeri dan pengubat kerinduan. Ahad tue ke kubur kamu, lama dah tak ke kubur. Dah naik semak dah. Ibu dan Ayah membersihkan kubur kamu. Semoga kamu aman di sana. Tunggu kedatangan Ibu dan Ayah ye sayang. Ibu dan Ayah amat merindukan kamu. Al-Fatihah.



p/s : terasa kehilangan kamu sayang..:(

Friday, May 20, 2011

Giveaway Belog Cik Nemo.

Salam Semua,
Yeay saye nak masuk contest Giveaway Cik Nemo. Hadiah yang cukup menarik. I LOLIKE OKAY. suke suke suke. Tak susah mane pong. Ikut je step kat bawah nie. 


Mula-mula; 
Add as friend Zeera Boutiquee    
#baju2 kat sini santik2 sile laa usha ye.


Lepas tue tampal and link kan BANNER nie.    
#santik banner nie saye suke sangat.




Kemudian TAG kepada rakan2 anda;
♥ Puan Hawa
♥ Puan Dyha
♥ Cik SyafRina

Last sekali saye tinggalkan link di komen Giveaway Belog Nemomimosh tue.


See senang je kan. Hadiah yang simple tapi best dan santik sangat sepeti di bawah nie.



kalo nak suruh pilih saye nak yang no 8 sebab memang suke kaler ceria2 nie. Ok laa malas meleter panjang dah. Harap saye menang ye Cik Nemo. #ehem.


p/s : rasa nak buat GA gak tapi sape baca blog saye. #takyahberangan

Wednesday, May 18, 2011

Bile Gilesss BerWeCam

Salam,
Haiii lama rasa tak update, biasalaa malas..hehehe..citer pasal weekend hari tue, tak kemana dok umah jelaa. Biasalaa tengah2 bulan kan. Dok umah dengan masing2 muke tak mandi lagi kami berWEBCAM. hehehe. Mule2 saje je nak suruh Alisha tengok sebab dia sibuk dok kacau orang main Lappy, last jadi gilesss masing2. hahahah. Alisha dengan muke kelakar dan chumel dia tue. Aduyaiiii pecah perut dibuatnye. Anyway sangat seronok time nie. Hilang segala stress and happy sangat. :)) ♥ this moment ever n ever..










p/s : tersenyum sangat melihat pic2 nie..:D

Monday, May 9, 2011

Hapy Mother Day

Haiii Semua,
Pe kabar sihat, lama tak update blog. Minggu lepas keizian sedikit. Takde masa nak update. Balik umah malas nak on9. hehehe. Ahad lepas mother day. Takde yang menarik sangat, juz belanje mak Pizza jer.. heheh. bajet cipot nak tengah2 bulan nie. Anyway Selamat Hari Ibu kepada Mak Puan Hamidah Mustapa. Thanks kerana membesar kami adik beradik. CAYANG MAK. and tuk aku gak SELAMAT HARI IBU..ucap tuk diri sendiri jer. Dah rasa menjadi serorang Ibu nie baru tao pengorbanan seorang Ibu membesarkan anak2nye. Penat lelah menjaga siang dan malam. So Hargailaa IBU anda sume. :)




p/s: enrty pendek dan padat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...