Thursday, June 30, 2011

Alisha Haifa 9month 2week..:)

Haiii Sume,
Entry marathon lagik. Aku tak bape sihat sebenarnye nie. Dari last week demam. Minggu nie asik kena ujan je bile g keja. Dah okay demam balik, selsema n batuk skali. Suara pun dah lain dah. Nak jawap tepon kat opis pun malas. Kang orang tak paham aku cakap pe. Hahahaha. Alisha pun baru sihat. Isnin hari tue badan dia panas n asik muntah2 je. Nak cuti tak leh ader keja nak diselesaikan. Tapi hari nie dah okay dah. Badan dia dah segar n tak muntah2 lagi. Tak tao laa nape asik demam je dia. Mayb nak besar nak belajar jalan kot.

Skrang nie merangkak memang dah laju. Kalo masuk dalam walker tue haaa kemain lagi lajunye berlari. Habis sume dia langgar bukan kire pe. Pas tue dah pandai meniti2 tapi tak leh lagi lepas tangan, kompom jatuh terduduk. Hahaha. Masih belum pandai berdiri lama2 setakat sesaat tue buleh laa. Dan juga memang makin lasak budak kecik nie. Tak padan gan pompuan. Tak buleh duduk diam sesaat ader jer benda dia nak buat. Aduyai anak Ibu sorang nie.

Alhamdulillah skrang Alisha dah 9bulan 2minggu. Insyallah akan dapat melihat Alisha membesar depan mata. Setelah setahun Arwah meninggalkan kami sewaktu dia berusia 9bulan jugak. Tak sempat melihat dia membesar. Harap dapat melihat Alisha membesar didepan mata. Insyallah. Amin.

Already 9month





p/s : Ibu sayang anak Ibu...:)

Untuk kali KEEMPAT

Haiii Sume,
Entry seterusnye pantas dan cepat. Hahaha. Mengenai operation Alisha. Untuk kali KEEMPAT (KE-4) telah ditunda lagi. Macam biasalaa dia batuk 2minggu sebelum operation. Kalo ikutkan 28hb hari tue tarikh operation. Tapi doc kol hari jumaat 24hb Tanya kesihatan dia camne. So jawapanye tetap sama “Alisha Haifa still have a cough”. Haha. Kesian doctor tue penat aku menerangkan yang Alisha batuk baru je 2minggu siap citekan kat doc tue lagi yang macam dia tao2 je nak operation so dia batuk. Hahaha. Gelak je doc tue aku cakap cam tue. So operation ditunda lagi. Tarikh setersunya belum dapat lagi. Takde plak la doc tue nak kol bagi tarikh baru. Hurmmm tunggu jelaa.

Haaa yang si Alisha nie lagi satu. Semalam rasanye tak dengar dah dia batuk2. Pagi tadi pun tak pun dengar dia batuk. Selalu masa tido asik dok batuk2 jer. Hurmmm dia tao2 je operation dah ditunda kan. So batuk dia dah hilang. Hehehe. Alisha Alisha. Pandai ye anak Ibu nie. Takpelaa saying kalo tak nak buat skrang takpela. Ibu dan Ayah tak kisah. Ibu dan Ayah tetap sayangkan kamu. Tapi berat bagi Ibu memikul beban ini bile orang asik bertanya kenape Alisha tak operated lagi, makin besar makin susah la pe laa. Ramai yang mengata itu ini. Tapi Ibu bersabar dan redha dengan Ujian-Nya. Mungkin ini dugaan untuk kite. Ibu bersyukur dengan ape yang ader. Biarlaa ape orang nak kata. Biarla dengan mulut orang memang susah kite nak tutup. Yang penting anak Ibu sihat dah happy..:) Amin.


duduk macam nak tunggu makanan dia je


p/s : harap Alisha sentiasa sihat..:)

Haaa baru nak update. :D

Haiii Sume,
Hari nie dah penghujung bulan June. Besok nak masuk bulan July. Hurmmm lama tak mengupdate blog. Hari2 bukak tapi tak penah nye nak update. Dok dah bersawang dan berkulat blog aku nie. hahahah. Hari nie bukak tengok Cik Ain dok tegur kat shoutMix kite kata dah lama tak update blog. hahaha. Ader juga rupenye yang menyinggah walaupun buleh kire dengan jari je sape yang menyinggah. Macam biasalah ikut mood je nak update. Ader je benda nak disorykan tapi keadaan tidak mengizinkan. Kerja-kerja kat opis tengah banyak dan banyak hal yang perlu diruskan. Bile balik umah macam biasa tak kan on9. Sabtu ahad lagi laa memang malas on9 sibuk dok melayan karenah Alisha yang makin manje dan lasak. Ok laa sementara tengah ader mood nie update sedara marathon. hahahaha #amikkau.

saye aweks mude #anakdua


p/s : tak leh bukak blogspot gune chrome terpaksa install mozilla. #sengalll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...